Angsana Health

Company Code of ConductKod Tatakelakuan Syarikat

Effective Date: 1 May 2026Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Mei 2026

Angsana Health delivers corporate health, digital health, consulting, academy, analytics and healthcare AI services in Malaysia and Southeast Asia. Our vision is a Southeast Asia with better health outcomes where everyone can access high-quality, affordable and value-based health services, especially the middle class, SMEs and the gig economy.Angsana Health menyediakan perkhidmatan kesihatan korporat, kesihatan digital, perundingan, akademi, analitik dan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang penjagaan kesihatan di Malaysia serta Asia Tenggara. Visi kami adalah untuk mewujudkan Asia Tenggara yang lebih sihat, di mana setiap individu dapat mengakses perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi yang mampu milik serta memberikan nilai yang baik, terutamanya kepada golongan berpendapatan sederhana, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan pekerja ekonomi gig.

Therefore, we focus our work on products and services that achieve the Healthcare Triple Aim:Sehubungan itu, kami menumpukan usaha kepada produk dan perkhidmatan yang menyokong pencapaian Matlamat Tiga Serangkai Penjagaan Kesihatan (Healthcare Triple Aim), iaitu:

  • improve health outcomes for patients via high-quality services;meningkatkan hasil kesihatan pesakit melalui perkhidmatan berkualiti tinggi;
  • improve the user experience for both patients and health professionals; andmempertingkatkan pengalaman pengguna bagi pesakit dan profesional kesihatan; dan
  • improve access to affordable and financially sustainable health services.meluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang mampu milik serta mampan dari segi kewangan.

Our Code of Conduct comprises the Code of Business Conduct and the Code of AI Conduct. Our Code represents our commitment to the highest respect for human life and the highest standards of science, ethics and commercial practices.Kod Tatakelakuan kami terdiri daripada Kod Tatakelakuan Perniagaan dan Kod Tatakelakuan AI. Kod ini mencerminkan komitmen kami terhadap penghormatan tertinggi kepada nyawa manusia serta pematuhan kepada standard tertinggi dalam bidang sains, etika dan amalan perniagaan.

Our Code applies to all employees, contractors, partners and agents of Angsana, including the Angsana subsidiaries of MiyaCare Sdn Bhd and Angsana Lindung Sdn Bhd. Our Code is complementary to the Angsana Health Corporate Policies, processes and standard procedures, and must be read together.Kod ini terpakai kepada semua pekerja, kontraktor, rakan niaga dan ejen Angsana, termasuk anak syarikat Angsana iaitu MiyaCare Sdn. Bhd. dan Angsana Lindung Sdn. Bhd. Kod ini melengkapi Dasar Korporat, proses serta prosedur operasi standard Angsana Health, dan hendaklah dibaca bersama dokumen-dokumen tersebut.

Code of Business ConductKod Tatakelakuan Perniagaan

Our Code of Business Conduct outlines the principles that guide ethical business conduct in Angsana. We are committed to the highest ethical standards of science, public health and good governance.Kod Tatakelakuan Perniagaan kami menggariskan prinsip yang membimbing tatakelakuan perniagaan yang beretika di Angsana. Kami komited kepada piawaian etika tertinggi dalam sains, kesihatan awam dan tadbir urus yang baik.

1. Adhere to All Laws and Regulations1. Mematuhi Semua Undang-undang dan Peraturan

Angsana is committed to adhering to all laws and regulations in the countries that it operates in. If we are uncertain, we shall seek advice from appropriate experts. We hold ourselves to the highest standards of all laws and regulations, to demonstrate the highest respect for human life.Angsana komited untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan di negara tempat ia beroperasi. Jika kami tidak pasti, kami akan mendapatkan nasihat daripada pakar yang sesuai. Kami berpegang kepada piawaian tertinggi bagi semua undang-undang dan peraturan, sebagai tanda penghormatan tertinggi kepada nyawa manusia.

2. Be Accountable to Good Governance2. Bertanggungjawab kepada Tadbir Urus yang Baik

Angsana shall keep accurate financial and corporate records, make appropriate public disclosures and pay appropriate taxes and fees. Angsana shall steward all company resources wisely and use them appropriately and ethically for the company, our partners and our customers.Angsana hendaklah menyimpan rekod kewangan dan korporat yang tepat, membuat pendedahan awam yang sewajarnya serta membayar cukai dan fi yang sewajarnya. Angsana hendaklah mengurus semua sumber syarikat dengan bijaksana dan menggunakannya secara wajar dan beretika untuk syarikat, rakan kongsi dan pelanggan kami.

3. Be Trustworthy3. Boleh Dipercayai

We shall base our claims on the highest levels of science and evidence and shall not make inappropriate marketing claims. If arising, Angsana employees shall declare any potential or real conflicts of interest and manage them appropriately. We shall make independent commercial decisions and shall not inappropriately coordinate our activities with our competitors.Kami hendaklah mendasarkan dakwaan kami pada tahap sains dan bukti yang tertinggi dan tidak akan membuat dakwaan pemasaran yang tidak wajar. Jika timbul, pekerja Angsana hendaklah mengisytiharkan sebarang konflik kepentingan yang berpotensi atau sebenar dan mengurusnya dengan sewajarnya. Kami hendaklah membuat keputusan komersial secara bebas dan tidak akan menyelaraskan aktiviti kami dengan pesaing secara tidak wajar.

4. Compete Fairly and Ethically4. Bersaing Secara Adil dan Beretika

Angsana shall sell our products and services based on their individual quality and merits, superior service, and competitive pricing. Therefore, we shall not offer or accept improper payments, benefits or transfers of value of any kind. Where there is doubt, Angsana shall not proceed with a commercial opportunity.Angsana hendaklah menjual produk dan perkhidmatan kami berdasarkan kualiti dan merit masing-masing, perkhidmatan yang unggul dan harga yang kompetitif. Oleh itu, kami tidak akan menawarkan atau menerima sebarang bayaran, manfaat atau pemindahan nilai yang tidak wajar dalam apa jua bentuk. Sekiranya terdapat keraguan, Angsana tidak akan meneruskan sesuatu peluang komersial.

5. Support Open and Transparent Communication5. Menyokong Komunikasi yang Terbuka dan Telus

All employees, partners and customers of Angsana should be able to speak their minds, including raising any ethical concerns. All Angsana leaders have a duty to set the tone from the top and create and maintain an open and safe environment, where everyone can express their opinions and raise their concerns freely.Semua pekerja, rakan kongsi dan pelanggan Angsana harus dapat menyuarakan pendapat mereka, termasuk membangkitkan sebarang kebimbangan etika. Semua pemimpin Angsana bertanggungjawab menjadi teladan dari atas serta mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang terbuka dan selamat, di mana semua orang boleh menyatakan pendapat dan membangkitkan kebimbangan mereka dengan bebas.

Code of Artificial Intelligence (AI) ConductKod Tatakelakuan Kecerdasan Buatan (AI)

Our Code of AI Conduct outlines the principles that guide the ethical use of AI in Angsana. We commit to using AI in ways that support our Code of Business Conduct and the Healthcare Triple Aim.Kod Tatakelakuan AI kami menggariskan prinsip yang membimbing penggunaan AI secara beretika di Angsana. Kami komited untuk menggunakan AI dengan cara yang menyokong Kod Tatakelakuan Perniagaan kami dan Matlamat Tiga Serangkai Penjagaan Kesihatan.

1. Respect Patient Rights, Protect Autonomy and Be Inclusive1. Menghormati Hak Pesakit, Melindungi Autonomi dan Bersikap Inklusif

We shall use AI in ways that respect human rights and uphold patient rights, autonomy and dignity. We shall provide informed consent on the risks and benefits of using AI. We shall ensure that AI remains a support tool to augment, not replace, the human element of care. Patients and qualified healthcare professionals retain the right to make the final decision regarding healthcare. We shall use AI in ways that are inclusive and non-discriminatory by proactively identifying and mitigating risks of health inequalities. Where needed, product development teams shall consult public health experts, ethicists or users to co-create a fair solution.Kami hendaklah menggunakan AI dengan cara yang menghormati hak asasi manusia serta menjunjung hak, autonomi dan maruah pesakit. Kami hendaklah mendapatkan persetujuan termaklum mengenai risiko dan manfaat penggunaan AI. Kami hendaklah memastikan AI kekal sebagai alat sokongan untuk memperkukuh, bukan menggantikan, unsur kemanusiaan dalam penjagaan. Pesakit dan profesional kesihatan yang bertauliah berhak membuat keputusan muktamad berkenaan penjagaan kesihatan. Kami hendaklah menggunakan AI secara inklusif dan tidak diskriminasi dengan mengenal pasti dan mengurangkan risiko ketaksamaan kesihatan secara proaktif. Jika perlu, pasukan pembangunan produk hendaklah merujuk pakar kesihatan awam, pakar etika atau pengguna untuk bersama-sama mencipta penyelesaian yang adil.

2. Build Transparent and Explainable AI2. Membina AI yang Telus dan Boleh Dijelaskan

We commit to making our AI systems clear, explainable and understandable for users. We shall provide transparent information on its operations, algorithms and decision-making processes where needed and where such transparency does not affect our confidentiality obligations and competitive advantage.Kami komited untuk menjadikan sistem AI kami jelas, boleh dijelaskan dan mudah difahami oleh pengguna. Kami hendaklah menyediakan maklumat yang telus mengenai operasi, algoritma dan proses membuat keputusannya apabila perlu dan apabila ketelusan tersebut tidak menjejaskan kewajipan kerahsiaan dan kelebihan daya saing kami.

3. Build Safe and Accountable AI3. Membina AI yang Selamat dan Bertanggungjawab

We shall be accountable for the AI technologies we create and deploy, to the best of our abilities and to the extent of the law. We shall contribute to and comply with evolving ethical standards, clinical guidelines and legal requirements, as well as the reliability and safety of the AI technologies. We shall explicitly notify users when they are interacting with an AI-generated interface or viewing AI-generated content.Kami hendaklah bertanggungjawab ke atas teknologi AI yang kami cipta dan gunakan, sebaik mungkin dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami hendaklah menyumbang kepada dan mematuhi piawaian etika, garis panduan klinikal dan keperluan undang-undang yang sentiasa berkembang, serta kebolehpercayaan dan keselamatan teknologi AI. Kami hendaklah memaklumkan pengguna secara jelas apabila mereka berinteraksi dengan antara muka yang dijana AI atau melihat kandungan yang dijana AI.

4. Protect Privacy and Data4. Melindungi Privasi dan Data

We commit to protecting the privacy of patients and the confidentiality of their health data, using industry standards. We shall design and operate our AI systems following relevant healthcare data protection laws and best practices. We may use de-identified and aggregated data, which cannot reasonably identify any individual, to train, fine-tune and improve our AI models.Kami komited untuk melindungi privasi pesakit dan kerahsiaan data kesihatan mereka, menggunakan piawaian industri. Kami hendaklah mereka bentuk dan mengendalikan sistem AI kami mengikut undang-undang perlindungan data penjagaan kesihatan dan amalan terbaik yang berkaitan. Kami boleh menggunakan data yang dinyahkenal pasti dan diagregatkan, yang tidak boleh mengenal pasti mana-mana individu secara munasabah, untuk melatih, menala halus dan menambah baik model AI kami.

5. Use AI Responsibly5. Menggunakan AI Secara Bertanggungjawab

We shall use AI where it adds and provides meaningful value, to avoid unnecessary use or overuse of AI that consumes electricity and produces carbon emissions that contribute to climate change. Where possible, we shall source AI computing power from vendors that are committed to stringent sustainability policies, including using renewable energy and water sources and a commitment to net zero.Kami hendaklah menggunakan AI apabila ia menambah dan memberikan nilai yang bermakna, bagi mengelakkan penggunaan AI yang tidak perlu atau berlebihan yang menggunakan elektrik dan menghasilkan pelepasan karbon yang menyumbang kepada perubahan iklim. Jika boleh, kami hendaklah mendapatkan kuasa pengkomputeran AI daripada vendor yang komited kepada dasar kemampanan yang ketat, termasuk menggunakan sumber tenaga dan air boleh baharu serta komitmen kepada sifar bersih.

Reporting ConcernsMelaporkan Kebimbangan

Employees, contractors, partners and agents of Angsana should report any good-faith concerns in accordance with the Whistleblowing Policy. Members of the public can report any good-faith concerns to the Compliance Officer (compliance@angsanahealth.com).Pekerja, kontraktor, rakan kongsi dan ejen Angsana hendaklah melaporkan sebarang kebimbangan yang dibuat dengan niat baik mengikut Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing). Orang awam boleh melaporkan sebarang kebimbangan yang dibuat dengan niat baik kepada Pegawai Pematuhan (compliance@angsanahealth.com).

For more information, please contact contact@angsanahealth.com.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi contact@angsanahealth.com.

Download PDFMuat Turun PDF